Nation
224

ADUN syor 5 cadangan kepada kerajaan Negeri Sembilan

Seremban, 6 Jun 2021- Kes Covid-19 terus mendadak meningkat di Negeri Sembilan dan bilangan kes pada hari ini sahaja (5-6-2021) adalah 843. Situasi ini sangat mengerunkan dan membimbangkan warga Negeri Sembilan.

Menurut Dato Manickam Letchuman, Adun Jeram Padang, tiada tanda-tanda menunjukkan kes Covid akan menurun dalam masa terdekat. Maka beliau mengesyorkan lima cadangan kepada Kerajaan Negeri demi bersiap-siaga mengharungi situasi genting ini.

Beliau mencadangkan agar “field Hospital” dibuka dengan menggunakan aset-aset Kerajaan Negeri, seperti Aset bawah MBI dan Yayasan Negeri. Contoh aset yang boleh digunakan adalah Klana Resort dan Kolej – kolej bawah kawalselia Yayasan Negeri Sembilan.

Beliau menyeru Kerajaan Negeri untuk membeli Vaksin untuk rakyat Negeri Sembilan, dan cadang Kerajaan Negeri memperuntukan sekurang-kurangnya RM50 juta atau lebih mengikut kemampuan kewangan kerajaan Negeri.

Manickam turut mencadangkan agar satu Mesyuarat khas diatur bersama semua Adun seperti yang pernah diadakan di Negeri Johor dan Perak, agar perbincangan mengenai cara-cara menghadapi isu Covid ini boleh dibincang bersama dan perbezaan politik dilupakan seketika demi menjaga kesejahteraan rakyat.

Kerajaan Negeri digesa membuka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bandar dan luar bandar. Tenaga kerja kontrak harus dipertimbangkan demi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di PPV.

Beliau juga mencadangkan Pusat Vaksin bergerak diwujudkan dan untuk tujuan ini van dam bas milik Kerajaan Negeri boleh digunakan. PPV bergerak ini boleh dibawa ke Kampung-kampung, ladang, kawasan Felda dan Felcra serta Kampung – Kampung Orang Asli.

Manickam menyeru Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah pro-aktif untuk memberikan perhatian serius kepada kes Covid yang semakin hari semakin meningkat. Kapasiti Hospital sudah di tahap genting. Demi menyelematkan nyawa rakyat, gunakan Ordinen Darurat demi meluluskan bajet sebanyak yang mungkin dan mampu untuk tujuan ini.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu