Kuala Lumpur Post

klpost-minify__1_-removebg-preview
Nation

Agong berkenan terima menghadap PM untuk mesyuarat pra-Kabinet

Kuala Lumpur – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama sejam bermula 8 pagi.

“Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Turut dimuat naik, tiga keping gambar menunjukkan Ismail Sabri mengadakan perbincangan bersama Seri Paduka, lapor Bernama.

Tags: , , ,