Nation
83

Agong, Permaisuri ucap selamat Tahun Baharu Tamil, Vishu

Kuala Lumpur – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merakamkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Tamil dan Vishu kepada kalangan mereka yang menyambutnya hari ini.

“Vishu yang sangat riang kepada semua rakan-rakan Malayalee kami dan Tahun Baharu yang diberkati kepada semua rakan-rakan Tamil kami.

“Semoga Tahun Baharu akan datang membawa anda dan orang tersayang kemakmuran, kebahagiaan dan kesihatan yang baik. Kekal selamat semasa rakyat Malaysia,” titah Seri Paduka berdua dalam hantaran menerusi akaun Facebook Istana Negara.

Masyarakat Tamil di seluruh dunia menyambut Tahun Baharu Tamil (Chittirai Puttandu) pada hari pertama kalendar solar Tamil yang jatuh pada 14 April bersempena permulaan bulan Chittirai manakala masyarakat Malayalee meraikan tahun baharu sempena kelahiran bulan ‘Medam’. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu