Nation
245

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Pahlawan

Petaling Jaya – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam satu kenyataan Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada para perwira ATM dan PDRM khususnya yang bertugas di barisan hadapan di atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira masa dan penat lelah dalam membantu memerangi penularan wabak Covid-19.

“Selaku Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan yang dicurahkan oleh pahlawan-pahlawan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan tanah air tercinta.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para pahlawan dan perwira yang telah terkorban semasa bertugas dan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

“Sesungguhnya jerit perih mereka, para pejuang tanah air seketika dahulu dan masa kini adalah demi negara kita yang berdaulat,” katanya di sini hari ini.

Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu