Nation
555

Agong sekali lagi bertitah Parlimen perlu bersidang segera

Kuala Lumpur – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda bertitah persidangan Parlimen itu bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat yang dikeluarkan dapat dibentang seperti termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa semua Jawatankuasa Pilihan Parlimen Ke-14 hendaklah meneruskan sesi mesyuarat untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang bagi menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab khususnya menangani isu dasar awam dan kemasyarakatan serta hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hari ini, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bersama timbalan mereka di Istana Negara.

Titah mengenai persidangan Parlimen ini sekali lagi dibuat Al-Sultan Abdullah yang bertitah perkara sama sebelum ini selepas berkenan menerima mengadap ketua parti politik negara.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu