Nation
246

Ahli Parlimen UMNO, BERSATU tinggalkan Istana Negara selepas hadap Agong

Kuala Lumpur – Kumpulan pertama Ahli Parlimen UMNO dan BERSATU mula beredar meninggalkan Istana Negara selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebentar tadi.

Bas dinaiki Ahli Parlimen UMNO dan BERSATU selain kenderaan persendirian dinaiki mereka mula meninggalkan Istana Negara pada jam 11.49 pagi tadi.

Antara yang kelihatan keluar dari pintu dua Istana Negara ialah Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias; Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Sharif; Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Selain itu, Ahli Parlimen BERSATU yang kelihatan keluar ialah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Terdahulu, semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan BERSATU dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mengesahkan surat akuan (SD) sokongan kepada calon Perdana Menteri, lapor BH Online.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu