Social
326

Ahli perniagaan maut dipercayai terjatuh kondominium

Georgetown – Seorang ahli perniagaan ditemukan mati, dipercayai akibat terjatuh dari sebuah kondominium di Jalan Kelawai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata lelaki berusia 53 tahun dan terlibat dalam sektor hartanah itu disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

“Buat masa ini saya hanya boleh sahkan memang ada kes seorang individu mati jatuh bangunan di Jalan Kelawai dan mangsa mati di tempat kejadian. Kes masih dalam siasatan,” katanya yang dihubungi hari ini.

Terdahulu tular menerusi media sosial mendakwa seorang lelaki yang dikatakan bergelar Datuk dan saksi kes rasuah berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang, ditemukan mati dipercayai akibat terjatuh dari kondominiumnya, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu