Social
389
0

Ahli politik ditahan disyaki edar dadah

Petaling Jaya – Kegiatan seorang ahli politik terlibat dalam pengedaran dadah terbongkar selepas dia ditahan selepas disyaki memiliki dan mengedar dadah jenis cecair ketamin di Fraser Business Park, Pudu, dekat sini, Kelmarin.

Penahanan suspek berusia 35 tahun itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju kira-kira pukul 1.45 petang.

Turut ditahan iaitu isterinya  berusia 34 tahun dan pembantu rumah warga Filipina.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi Utusan Malaysia, mengesahkan penahanan itu.

Kata beliau, suspek ditahan selepas dikesan menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan polis menemukan bungkusan putih tertera logo sebuah syarikat penghantaran barang yang mengandungi cecair disyaki dadah ketamin dianggarkan seberat 400 milileter (ml).

“Susulan soal siasat ke atasnya, satu serbuan dilakukan di sebuah unit kediaman di Jalan Duta Suria 8, Ampang, kira-kira pukul 7.30 petang hari yang sama sehingga membawa kepada penemuan sejumlah lagi dadah,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Saiful Azly, dadah yang ditemukan di kediaman ahli politik berkenaan terdiri sembilan batang pokok ganja dianggarkan bernilai RM4,500, daun kering disyaki ganja dianggar bernilai RM3,000 serta cecair dadah disyaki ketamin dan THC yang dianggar bernilai RM53,100.

“Difahamkan suspek menghasilkan sendiri dadah berkenaan dengan campuran ganja dan ketamin sebelum menjualnya pada harga RM300 sebotol.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 27 Januari ini, manakala isteri dan pembantu rumah mereka direman di Mahkamah Ampang,” jelasnya. – Utusan

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu