Nation
155

Ahmad Faizal nafi pertikai aduan Pandelela

Kuala Lumpur РMenteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu  menafikan beliau mempertikaikan atau mempersoalkan aduan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengenai gangguan seksual terhadap atlet.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Tambun itu menjelaskan, beliau mahu mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

“Tindakan sedang di ambil… dalam jawapan saya dalam sidang media, saya sedang mengambil tindakan, saya menyatakan mahu mendengar semua pihak sebelum memberi penjelasan.

“Saya sudah muat naik ini dalam Facebook saya untuk semua dengar apa yang saya katakan.

“Dalam hal ini, saya mesti pertahankan Pandelela dan mana-mana atlet serta anak-anak kita yang mengharumkan negara,” katanya di Dewan Rakyat menjawab soalan tambahan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) yang mempertikaikan kenyataannya berhubung isu gangguan seksual dibangkitkan Pandelela.

Semalam, Ahmad Faizal seakan ‘tertanya-tanya’ dengan tindakan Pandelela yang baharu sekarang mendedahkan perkara tidak bermoral itu selepas kira-kira tujuh tahun isu itu berlaku, lapor BH Online.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu