Social
170

Air banjir merah akibat tumpahan pewarna dari kilang tekstil

Johor Bahru – Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjelaskan kejadian air banjir berwarna merah di Kampung Sri Serdang Baru, Tampoi, di sini Khamis lalu, berpunca daripada tumpahan sisa pewarna lama dari sebuah kilang tekstil berhampiran kampung berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, berkata tumpahan itu dipercayai disebabkan hujan lebat dan struktur kilang itu yang tidak berbumbung, selain bekas atau beg penyimpanan pigmen warna sudah reput.

“Berdasarkan siasatan dan maklumat penduduk, air merah itu berpunca dari sebuah kilang tekstil usang.

“Pemilik kilang memaklumkan premis berkenaan wujud sejak 1940-an dengan keluasan 8.49 hektar dan tidak lagi menjalankan sebarang aktiviti kerana sudah menghentikan operasi pada tahun 2000.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tumpahan daripada bekas sisa pewarna lama yang ditinggalkan dalam kawasan kilang terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Khamis lalu, seorang penduduk kampung berkenaan membuat hantaran di Facebook beberapa keping gambar menunjukkan pekarangan rumahnya dipenuhi air berwarna merah.

Wan Abdul Latiff berkata, bagaimanapun ketika banjir mula surut pada kira-kira jam 4.15 petang, air didapati tidak lagi berwarna merah.

Beliau berkata, susulan itu JAS Johor mengeluarkan arahan mengikut Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) kepada pemilik kilang supaya kerja pembersihan serta pelupusan segera dilakukan.

“Pihak kilang menjalankan kerja pembersihan dan memindahkan sisa tumpahan. Bangunan itu juga ditutup dengan kanvas sehingga kerja selesai,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu