Nation
419

AirAsia lancar perkhidmatan e-panggilan dengan AirAsia Ride

Kuala Lumpur – AirAsia Group Bhd telah melancarkan airasia ride, perkhidmatan e-panggilan yang memberi penumpang lebih kemudahan dengan harga yang lebih kompetitif, serta peluang pendapatan yang lebih baik untuk pemandu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata kumpulan itu juga merancang untuk melancarkan perkhidmatan tersebut di Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

“Sambutan pemandu (di Malaysia) sangat luar biasa dan orang ramai menantikan perkhidmatan itu,” katanya semasa pelancaran maya airasia ride hari ini. airasia ride kini tersedia di Lembah Klang.

Penumpang boleh memilih jenis kenderaan pilihan mereka termasuk pemandu, dan menempah perjalanan mereka dengan mengklik ikon ‘Ride’ pada Airasia Super App atau log masuk ke airasia.com/ride.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride Malaysia, Lim Chiew Shan berkata seramai 1,500 pemandu telah mendaftar dengan platform perkhidmatan itu sehingga kini dan 5,000 lagi dijangka akan berbuat demikian dalam tempoh enam bulan akan datang dengan pengembangan di seluruh negara.

AirAsia ride secara beransur-ansur akan mengembangkan angka pemandu bagi memastikan penawaran perkhidmatan itu adalah sejajar dengan permintaan, sekali gus mengoptimumkan kuantiti kerja yang akan diperoleh oleh setiap pemandu.

Selain itu, para pemandu akan menerima 85 peratus tambang bersih (tidak termasuk caj tol), yang mana lebih tinggi berbanding syarikat e-panggilan lain di pasaran, menjadikannya sebagau pilihan terbaik untuk menjana pendapatan.

Tambang airasia ride telah ditetapkan RM1 secara purata untuk setiap kilometer, tidak termasuk caj tol dan penumpang boleh membuat tempahan mengikut permintaan atau menempah secara lebih awal

Selain itu, untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan hidup para pemandu airasia, mereka juga akan dibenarkan untuk mengambil upah kerja seperti menghantar bungkusan atau makanan AirAsia food, kata Lim.

Beliau turut menjelaskan sebagai sebahagian daripada AirAsia Group yang memiliki portfolio pengurusan syarikat penerbangan, e-dagang, teknologi kewangan, logistik yang mantap. Perkhidmatan e-panggilan ini akan dapat memanfaatkan data serta algoritma kumpulan yang kaya dan luas, yang membolehkan penumpang mengalami perjalanan ang lancar dan terhubung.

“Tidak lama lagi, penumpang akan dapat menggunakan mata BIG POINTS mereka untuk membayar perjalanan dan menikmati tambang terendah yang ada selain perjalanan percuma, sama seperti Tempat Duduk Percuma AirAsia yang ikonik,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu