Kuala Lumpur Post

Social

Akaun Facebook rasmi SPA Perak digodam

IPOH — Akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak tengah hari Isnin.

Pemberitahuan itu dimuat naik dalam laman sesawang SPA negeri Perak melalui https://spa.perak.gov.my.

“Dimaklumkan bahawa Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Sehubungan itu, dimohon supaya tidak melayari laman tersebut. Sebarang pemakluman lanjut akan dimaklumkan melalui laman web ini. Terima kasih,” menurut laman web tersebut.

Semakan mendapati terdapat beberapa video lucah dii muat naik di akaun Facebook tersebut sejak tengah hari tadi dengan kali terakhir pada kira-kira jam 9 malam Isnin.

Tags: , ,