Social
160

Aktivis mengaku tak bersalah fitnah pegawai polis

Bukitmertajam – Seorang aktivis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memfitnah seorang pegawai polis pada Mac lepas.

Phan Sow Sun, 50, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah sewa di Kondominium BM City di sini pada 7 pagi, 26 Mac lepas.

Dia dituduh memfitnah Inspektor R. Kunes Raw dengan memviralkan tiga video di laman sosial Facebook yang mengatakan pegawai polis itu telah menyalahguna kuasanya dan tinggal di rumah sewa tersebut lebih kurang dua tahun tanpa sebarang perjanjian sewa, dengan niat merosakkan nama baik pegawai polis itu.

Phan didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Kalaivanan Murthy memohon mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 manakala Phan yang tidak diwakili peguam, merayu jaminan sebanyak RM2,000.

Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membenarkan jaminan sebanyak RM2,500 dan menetapkan 29 Sept ini untuk sebutan kes, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu