Social
194

Aktiviti penyamaran sebagai Ketua Polis Johor untuk tujuan penipuan dikesan

Johor Baharu – Polis mengesan aktiviti penyamaran sebagai Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, bagi tujuan jenayah penipuan.

Ayob Khan berkata, aktiviti itu dikesan pihaknya semenjak kebelakangan ini dengan menggunakan beberapa nombor telefon.

Katanya, nombor telefon yang dikesan melakukan aktiviti penipuan itu adalah 016-4818565 dan 010-8368223.

“Adalah diingatkan kepada semua masyarakat dan orang awam, supaya jangan mudah terpedaya dengan mana-mana orang yang menyamar sebagai Ketua Polis Johor,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau berkata, orang ramai boleh membuat laporan di balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Johor di talian 07-2254047 atau pegawai khasnya di talian 013-9058124, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu