Nation
196

Aktiviti rentas negeri dibenarkan bermula esok

Kuala Lumpur – Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok, 11 Oktober 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan keputusan itu rakyat bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong dan sebagainya.

“Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. Data terkini akan dikemas kini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini.

“Rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan bermula esok jadi esok bebaslah dan inilah yang ditunggu oleh masyarakat. Bagaimanapun saya harap jangan ambil lewa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya pada sidang media khas dari Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu