Social
259
0

“Aku tak lapar jantan“ – Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur – “Aku tak lapar jantan, aku gembira dengan hidup aku dengan keluarga aku,” kata pelakon sensasi Zarina Anjoulie, 34, mengenai tindakan beberapa remaja lelaki yang mahu menjadikannya sebagai ‘sugar mummy’ selepas dia kembali bergelar ibu tunggal, baru-baru ini.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul menerusi Instagram Story mendakwa dia menerima mesej peribadi (DM) daripada beberapa remaja yang menyatakan hasrat mereka itu.

“Ada beberapa budak muda mesej Instagram saya dengan harapan nak saya jadi ‘sugar mummy’? ‘Like seriously’?” katanya.

Menurutnya, mereka memberikannya gambar dan memaklumkan mahu mengenali serta ‘menggatal’ dengannya.

“Mana ibu bapa awak? Suruh mereka tanggung awak dulu ya. Saya bukan emak awak dan awak bukan anak saya untuk saya tanggung.

“Saya tak faham dengan budak-budak zaman sekarang yang malas nak kerja dan selalu cari jalan mudah untuk hidup senang,” katanya.

Sebagai wanita yang sudah melalui dua episod perkahwinan, Zarina yang bakal membintangi filem Hantu Kuat Ketawa arahan Mawi mengakui tidak terdesak dalam hidupnya.

“Hanya tiga lelaki dalam hidup saya berhak mendapat duit saya iaitu ayah, adik dan anak saya. Itu sahaja,” katanya.

Baru-baru ini, Zarina bercerai dengan Eilyas Azhar yang dikahwini pada 17 Julai tahun lalu.

Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu