Kuala Lumpur Post

Social

Aliff Aziz dicekup berkhalwat dengan pelakon wanita

KUALA LUMPUR — Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dilaporkan telah ditangkap khalwat dengan seorang pelakon wanita popular di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Menurut laporan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memulakan operasi pada jam 10.30 malam dan mengetuk pintu rumah serta menunggu selama hampir tiga jam.

Pihak JAWI terpaksa meminta bantuan bomba namun Aliff akhirnya akur selepas dimaklumkan pintu rumah tersebut akan dipecahkan jika mereka tidak memberikan kerjasama.

Aliff dan pelakon wanita itu dibawa ke pejabat JAWI menaiki sebuah kenderaan untuk proses selanjutnya di mana Bella Astillah yang ditemani adiknya, Didi Astillah kemudian dilihat hadir di pejabat tersebut.