Kuala Lumpur Post

Nation

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar

KUALA LUMPUR — Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar walaupun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di beberapa kawasan setakat 11 pagi tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, aliran trafik di Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) menunjukkan keadaan lalu lintas lancar dan terkawal selepas berlaku kesesakan sehingga 10 pagi tadi.

“Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), trafik agak sesak walaupun kenderaan lebih kurang sama seperti semalam iaitu 178,977 kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, aliran trafik di hampir semua lebuh raya utama di negara ini bergerak lancar.

Dalam pada itu, akaun rasmi X PLUS Trafik memaklumkan, beberapa laluan Smartlane sudah diaktifkan bagi memastikan aliran trafik terus lancar bagi perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri ini.

Antaranya laluan Smartlane di Km 303.2 hingga Km 297.0 arah utara dari Tapah ke Gopeng, Km 194.5 hingga Km 184.0 arah selatan dari Ayer Keroh ke Jasin dan Km 8.1 hingga Km 6.1 arah utara dari USJ ke Seafield.