Kuala Lumpur Post

Nation

Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya

KUALA LUMPUR — Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang lancar setakat pukul 8.30 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan hanya berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Tapah menghala ke Gopeng, Perak.

“Lain-lain laluan seperti lebuh raya menghala ke pantai timur antaranya Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 berada dalam keadaan lancar dan terkawal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jurucakap berkenaan menasihatkan orang ramai agar mematuhi cadangan jadual perjalanan balik kampung yang dikeluarkan, lapor Bernama.

Tags: ,