Kuala Lumpur Post

Nation

Aliran trafik lancar di lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR — Aliran trafik di lebuh raya utama pagi ini terkawal dan tiada kesesakan luar biasa berlaku dilaporkan berlaku di jalan-jalan utama menghala keluar dari Lembah Klang sempena sambutan Hari Krismas, esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata kesesakan hanya berlaku di beberapa lokasi susulan kemalangan antaranya di Kilometer 263.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh.

“Insiden sudah selesai, bagaimanapun trafik masih perlahan di lokasi dan pengguna jalan raya diminta berhati-hati,” katanya.

Menurut beliau sedikit kesesakan turut berlaku di arah selatan dari Bandar Gamuda Cove menuju ke Persimpangan KLIA akibat kemalangan.

“Trafik menghala ke Pantai Timur sedikit sesak dari arah ibu kota menuju ke Plaza Tol Gombak susulan pertambahan kenderaan, bagaimanapun aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 lancar di kedua-dua arah,” katanya.

Tags: , ,