Nation
426

Alumni MIYC agih bungkusan sayur percuma di Segambut

Kuala Lumpur, 5 Jun 2021- Bungkusan sayur-sayuran berjaya diagihkan tidak sampai dua jam dalam program pemberian sayuran percuma di Kg. Pasir Segambut pagi tadi.

Menurut Setiausaha Alumni Majlis Belia India (MIYC) Wilayah Persekutuan, Saudara Kandha, pengagihan sayuran seperti kangkung, terung, kobis, tomato dan kacang panjang diharap membantu meringankan golongan yang memerlukan.

Turut hadir menjayakan Program ini adalah Dato’ Kantharao, Pengerusi Alumni Majlis Belia India (MIYC) Wilayah Persekutuan, Saudara Jana, Pengerusi Majlis Belia India (MIYC) Willayah Persekutuan, En. Noor Azri Bin Supian, Pengerusi Rukun Tetangga Kg Pasir, Segambut dan ahli-ahli Jawatankuasa Alumni Majlis Belia India (MIYC) Wilayah Persekutuan.

“Program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan diantara masyarakat berbilang bangsa di negara kita dan saling bantu membantu tanpa mengira bangsa.”

Tambah Kandha, mereka yang datang menghargai pemberian sayur percuma itu yang dapat digunakan sebagai bekalan untuk keluarga bagi sehari dua, selain menjimatkan perbelanjaan dapur.

“Program ini akan diperluaskan ke beberapa lokasi bagi membolehkan lebih ramai golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dapat dibantu,” ujarnya. – Kuala Lumpur Post

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu