KUALA LUMPUR — Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 10 pagi ini.
METMalaysia menerusi aplikasi di Telegram, memaklumkan negeri dijangka berdepan cuaca buruk ialah Perlis, Kedah, Perak dan Sabah.
Di Kedah, membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Pedang. Di Perak ialah Larut, Matang, Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar manakala di Sabah membabitkan Tawau.