Nation
148
0

Ambil iktibar cabaran 2020, mantap ikhtiar hadapi 2021 – PM Muhyiddin

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat mengambil iktibar daripada cabaran serta dugaan sepanjang 2020 akibat penularan COVID-19, dan mahu rakyat melangkah ke gerbang tahun baharu 2021 dengan semangat dan keazaman yang baharu.

“Untuk tahun baharu 2021 ini, saya ingin menyeru saudara dan saudari sekalian agar terus memperkukuhkan azam, memperteguh iltizam dan memantapkan ikhtiar kita untuk bersama-sama membendung pandemik COVID-19,” kata beliau dalam perutusan khas sempena Tahun Baharu 2021 yang disiarkan di saluran televisyen.

Dengan penuh prihatin, pemimpin itu turut berkongsi tentang dugaan dan cabaran yang dihadapi rakyat sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara termasuk mereka yang kehilangan dan dibuang kerja serta terpaksa mengikat perut demi mengutamakan makanan untuk anak-anak dan pelbagai lagi kesulitan hidup.

Beliau berkata kerajaan sedang giat menjalankan segala usaha bagi memastikan rakyat selamat daripada ancaman virus ganas tersebut.

“Namun demikian, kita sendiri perlu bertanggungjawab dan berwaspada kerana virus ini sudah berada dalam komuniti di sekeliling kita. Insya-Allah, berbekalkan pengalaman sepanjang tahun 2020 kita semua mampu memastikan situasi pandemik terus terkawal,” katanya. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu