Social
145
0

Anak gajah mati dilanggar

Gerik – Seekor anak gajah jantan berusia antara empat dan lima tahun ditemui mati di tepi jalan raya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik – Jeli berhampiran kawasan simpang Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun dekat sini dipercayai dilanggar kenderaan kira-kira jam 5 pagi semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Yusoff Shariff berkata, anak gajah terbabit dipercayai terlanggar atau dilanggar lori atau bas. Bagaimanapun, setakat petang semalam tidak pihak tampil membuat pengakuan berhubung kejadian.

Katanya, bangkai gajah jantan yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan itu bagaimanapun sudah dipindahkan dan ditanam di kawasan hutan berhampiran oleh anggota dari Pejabat Perhilitan Gerik tengah hari semalam.

“Kita percaya anak gajah berusia antara empat dan lima tahun itu dilanggar atau terlanggar oleh lori atau bas, bukan kereta kecil,” katanya ketika dihubungi melalui WhatsApp malam tadi.

Yusoff berkata, seperti mana pernah dibuat kenyataan sebelum ini, Perhilitan berharap sangat pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan hutan terutama di JRTB Gerik – Jeli.

Katanya, kawasan berkenaan memang diketahui umum sebagai habitat hidupan liar, terutama gajah yang sering pula didapati melintas jalan kerana di beberapa kawasan.

Perhilitan, katanya, sudah memasang beberapa papan tanda peringatan di sepanjang jalan raya berkenaan. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu