Nation
398

Anak nafi bekas KSN Tun Ahmad Sarji meninggal dunia

Kuala Lumpur – Anak kepada bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menafikan laporan kematian bapanya yang tular di medial sosial.

Ariff Tuah Ahmad Sarji memaklumkan bapanya yang menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras berada dalam keadaan stabil.

“Bagi pihak keluarga Tun Ahmad Sarji, saya sedar perkhabaran yang tular sekarang ini dan ingin mengatakan yang ia tidak benar.

“Dengan rendah hati, saya sekeluarga mohon orang ramai terus doakan Allah SWT menganugerahkan kesembuhan dan mempermudahkan segala urusan untuk ayah saya,” katanya yang turut memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital pada 3 Ogos lepas.

Terdahulu, Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) dalam hantaran di Facebook pada Jumaat memaklumkan Ahmad Sarji yang juga pengerusi persatuan itu dimasukkan ke wad ICU COVID-19 kerana komplikasi COVID-19.

Ahmad Sarji, 82, merupakan Ketua Setiausaha Negara dari 1990 hingga 1996 ketika era pentadbiran Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu