Kuala Lumpur Post

Nation

Anggota Kabinet terlibat rasuah wajib digugurkan : PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menegaskan bahawa mana-mana anggota Kabinet di bawah pimpinannya yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada jawatan mereka.

Beliau berkata, tindakan itu bagi menyelamatkan negara daripada gejala rasuah, dan beliau juga telah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan terhadap jemaah Menteri yang didapati terlibat dengan salah laku itu.

“Sudah setahun lebih kita memerintah… banyak diserang, tetapi saya tanya di Parlimen dan di luar Parlimen beri satu bukti menteri, perdana menteri sekarang kalau mereka ada rasuah, dan kalau ada, kita siasat, dakwa dan ikut badan kehakiman – hukum.

“Namun tidak ada, dan (selepas) setahun tiga bulan saya ‘tabik’ dengan rakan-rakan, kita boleh beri imej rakan kepimpinan yang bersih daripada rasuah, dan ingatan itu jelas.

“…kalau ada (rasuah), saya akan kata jangan tanya saya, persila ambil tindakan dan orang bekenaan wajib digugurkan, baru negara selamat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2024 di sini pada Khamis.