Social
271

Anggota polis didakwa buat laporan palsu

Ipoh – Seorang anggota polis berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membuat laporan palsu, Ogos lalu.

S P Varathraju Pillai, 39, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nor Azreen Liana Mohd Darus.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membuat laporan palsu kepada Koperal Aminah Berahim, seorang penjawat awam dengan jalan demikian menyebabkan dia menggunakan kuasanya yang sah disisi undang-undang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Pusat jam 3.30 petang pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Haiqal Asyraf Suhaimi, manakala tertuduh diwakili peguam Amrick Singh Sandu.

Amrick memohon wang jaminan terhadap tertuduh dikurangkan kepada RM1,000 dengan alasan tertuduh menanggung dua anak berusia 10 dan 13 tahun, selain menjaga ibu berusia 61 tahun yang mengalami penyakit diabetes.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 11 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes, lapor BH Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu