Social
658

Anggota polis ditahan samun, cabul wanita

Alor Setar – Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan kerana disyaki melakukan samun dan cabul melibatkan seorang wanita berusia 29 tahun dalam kejadian Ahad lalu.

Menurut sumber, anggota berusia 20 tahun yang bertugas Balai Polis Kepala Batas, di sini ditahan di pekarangan balai itu pada pukul 2.45 pagi semalam.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku ketika wanita terbabit berada dalam keretanya di kawasanletak kenderaan di Jalan Putra, di sini kira-kira pukul 5.30 petang.

“Mangsa didatangi suspek yang menunjukkan kad menyerupai kad kuasa polis dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis Bukit Aman. Suspek masuk ke dalam kereta tersebut lalu duduk di bahagian penumpang.

“Suspek kemudian dipercayai mengambil wang tunai berjumlah RM1,500 daripada beg bimbit wanita berkenaan. Selepas itu, suspek dikatakan menyentuh dada serta paha wanita itu secara sengaja,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, suspek yang masih bujang dan baru bertugas sebagai anggota polis sejak hampir dua tahun lalu.

Sumber itu menambah, wanita terbabit sempat merakam video lelaki itu keluar dari kenderaannya sebelum membuat laporan polis.

“Ujian urin dijalankan terhadap suspek pula didapati positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir ketika dihubungi mengesahkan tangkapan suspek, namun enggan mengulas lanjut.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 354 Kanun Keseksaan. – Utusan Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu