Kuala Lumpur Post

Social

Anggota polis ditemui mati di tandas R&R

NILAI — Seorang anggota polis ditemui mati di sebuah tandas hentian rehat dan rawat (R&R) lebuh raya di sini pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai pada 5.45 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 25 tahun yang telah berkahwin dijumpai mati di tiang besi atas penghadang di dalam tandas.

“Mangsa merupakan anggota polis yang bertugas di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Malik berkata, siasatan Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan turut mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi pihak polis dan dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dijalankan,” katanya.