Social
313
0

Anggota polis maut dilanggar pemandu mabuk

Kluang – Seorang anggota polis maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol di Kilometer 6 Jalan Kluang – Teck Wah Hing, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, DSP Abdul Razak Abdullah Sani berkata Lans Koperal Bradford Bernard, 28, terlibat dalam kemalangan itu selepas tamat bertugas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Simpang Renggam.

Beliau berkata pihak polis menerima laporan pada pukul 10.25 malam menyatakan berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dari arah Kluang dan sebuah motosikal dari arah Simpang Renggam.

Abdul Razak berkata pemandu kereta terbabit hilang kawalan ke atas kereta dipandunya dan bertembung dengan motosikal Bradford, mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal di tempat kejadian.

Katanya, mangsa dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang selepas selesai tugasan di Penjara Simpang Renggam.

“Mangsa yang sudah berkahwin meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di anggota badan.

Suspek yang berusia 58 tahun kini ditahan dan hasil saringan ujian nafas EBA II didapati positif alkohol serta melebihi had yang dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, siasatan mendapati pemandu kereta terbabit mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kini direman selama empat hari untuk siasatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 dan penjara maksimum 15 tahun serta hilang kelayakan lesen memandu melebihi 10 tahun jika sabit kesalahan. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu