Social
212
0

Anggota polis maut nahas

Johor Bahru – Seorang anggota polis maut manakala rakan setugas cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, di sini pada 6.24 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saiful Bahri Safar berkata kenderaan kereta peronda MPV yang dinaiki dua anggota polis berlanggar dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz sehingga menyebabkan kereta polis terbalik.

Katanya sebaik menerima panggilan kecemasan, tujuh anggota bersama dua jentera digegaskan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kenderaan peronda MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sebuah kenderaan awam jenis Perodua Aruz.

“Akibat kemalangan itu, penumpang kenderaan peronda MPV PDRM maut di lokasi kejadian, manakala pemandunya cedera.

“Turut cedera, dua lelaki iaitu pemandu dan penumpang kenderaan Perodua Aruz,”katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Saiful Bahri, anggota polis yang maut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail. – Harian Metro

 

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu