Social
196

Anggota polis, tahanan cedera van terbabit kemalangan

Sekinchan – Seorang anggota polis dan tiga tahanan polis cedera selepas van yang mereka naiki terbabit kemalangan di Kilometer 60 Jalan Teluk Intan-Klang berhampiran Tali Air 10, Pasir Panjang, di sini, hari ini.

Anggota berusia 29 tahun itu cedera di kaki manakala tiga tahanan terbabit masing-masing patah kaki, cedera kepala dan kaki dalam kejadian jam 9.30 pagi itu.

Pemandu van yang juga anggota polis berusia 28 tahun masih menunggu hasil keputusan x-ray.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata kenderaan pasukan itu dipercayai hilang kawalan ketika tiba di lokasi kejadian.

“Van itu dinaiki dua anggota polis termasuk pemandu dan tiga OKT yang dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam ke Mahkamah Kuala Selangor untuk proses reman.

“Apabila sampai di tempat kejadian, van berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tengah jalan dan melanggar penghadang konkrit serta berpusing lalu memasuki laluan bertentangan,” katanya.

Agus Salim berkata, pemandu van dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam manakala penumpang hadapan dan tiga tahanan dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu