Social
214

Anggota RELA didakwa bunuh rakan baik

Marang – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang juga rakan baiknya, di Taman Raya, Wakaf Tapai bulan lepas.

Ong Chow Lee, 57, yang berasal dari Wakaf Tapai di sini, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa membunuh Fong Swee Fuan, 65, di sebuah bangsal, belakang tokong Cina, bersebelahan dengan pondok KRT, Taman Raya Wakaf Tapai di sini, lebih kurang 1.55 tengah hari pada 23 Julai.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah dan mahkamah menetapkan 13 Okt depan sebutan semula kes untuk lantikan peguam.

Pada 23 Julai lalu, media melaporkan Swee Fuan ditemukan maut manakaka anak saudaranya Teo Hock Beng, 45, parah dipercayai ditembak dengan senapang patah oleh rakan baiknya, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu