Nation
188

Anggota TDM tolak vaksin boleh dikenakan tindakan tatatertib

Kuala Lumpur – Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menolak vaksin COVID-19 boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah atau melanggar perintah tetap, menurut kenyataan Markas TDM hari ini.

Kenyataan itu meyebut pihak TDM mengambil maklum terhadap laporan oleh sebuah portal berita yang tular bertajuk “Sarjan tentera dipecat kerana tolak vaksin COVID-19, hilang pencen”, membabitkan anggotanya Sjn Wan Ramly Wan Seman.

Menurut kenyataan itu, pengambilan suntikan vaksin bagi anggota TDM adalah diwajibkan terutamanya sebelum melaksanakan sesuatu penugasan kecuali kepada anggota yang tidak layak menerima vaksin.

“Pengambilan vaksin dalam kalangan anggota TDM diwajibkan atas dasar anggota TDM hidup secara berkelompok. Selain itu, peranan dan tanggungjawab TDM sebagai petugas barisan hadapan dalam melaksanakan penugasan mahupun latihan, mendedahkan mereka dengan jangkitan COVID-19.

“Ini juga bertujuan mendokong hasrat dan aspirasi kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok, seterusnya memutuskan rangkaian penularan wabak COVID-19 di negara ini,” menurut kenyataan itu, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu