Social
180

Anjing bertukar warna biru

Moscow – Anjing bertukar warna menjadi merah jambu dan biru.

Fenomena pelik itu berlaku berhampiran kilang kimia terbengkalai di bandar Dzerzhinsk di timur Rusia yang sebelum ini mengeluarkan sejenis toksik.

New York Post melaporkan ia juga adalah bahan yang digunakan bagi menghasilkan pewarna ‘biru Prussia’.

Pakar percaya, maklumat itu dapat membantu menjelaskan beberapa anjing di bandar berkenaan bertukar warna.

Ketua doktor Hospital Veterinar Zoozashchita berkata, pihaknya menyalahkan warna biru bahan kimia berkenaan sebagai punca,

Namun, difahamkan bahan itu ia tidak mendatangkan bahaya kepada haiwan.

Sementara itu, penyelidik dari Institut Penyelidikan Kimia Lobachevsky di Universiti Nizhny Novgorod serta Jawatankuasa Pengawasan Veterinar Negeri mendapati tidak ada tanda-tanda luka bakar akibat kimia kepada haiwan itu.

Hasil ujian darah dan najis anjing itu juga tidak menunjukkan keracunan yang ketara.

Bagaimanapun, anjing yang berubah warna itu diletakkan di dalam pemerhatian selama 20 hari.

Dalam pada itu, belum ada pengumuman dibuat untuk menangani secara khusus kotoran yang menyebabkan perubahan warna itu. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu