Nation
509

Annuar individu tepat terajui KKMM : Pemuda UMNO

Kota Bharu – Pelantikan Tan Sri Annuar Musa menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan dapat membantu menyampaikan dasar dan inspirasi kerajaan kepada rakyat dengan lebih berkesan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Ketereh Saipuddin Mohamad berkata sebelum ini juga Annuar memiliki rekod prestasi yang baik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan terbukti berjaya melakukan perubahan yang amat besar terhadap kementerian tersebut.

“KKMM adalah satu kementerian yang berperanan besar dalam menentukan ‘rasa nyaman dan gembira rakyat’ demi kestabilan negara.

“Keputusan menempatkan individu yang cerdik pintar terdidik, berpengetahuan cukup luas dalam pentadbiran kerajaan serta amat petah dalam menyampaikan dasar dan inspirasi kerajaan adalah satu keputusan tepat pada masanya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Saipuddin turut melahirkan keyakinan, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh mampu memimpin KKMM seterusnya membawa kementerian itu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama, seperti permintaan Perdana Menteri.

“Beliau merupakan aset penting Kabinet ‘Keluarga Malaysia’ yang boleh dimanfaatkan untuk menstabilkan kembali dan meningkat semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu