Nation
465

Annuar Musa dikompaun langgar SOP lawat Pak Lah

Kuala Lumpur – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikenakan kompaun RM2,000 hari ini ekoran melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengunjungi bekas perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi di kediamannya, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kompaun dikenakan terhadap beliau mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (PPN) 2021.

“Beliau sudah dikenakan kompaun RM2,000,” ujarnya ringkas hari ini.

Sementara itu, Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan melalui satu kenyataan hari ini mengesahkan Annuar telah menerima kompaun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, Annuar akan menjelaskan kompaun tersebut secepat mungkin.

 

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu