Nation
629

Anwar menghadap Agong di Istana Negara

Kuala Lumpur – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi ini.

Beliau dilihat hadir menaiki kereta Jaguar berwarna hitam yang memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu Dua, jam 10.35 pagi.

Anwar adalah pemimpin parti politik yang kedua tiba menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiba di Istana Negara pada jam 7.50 pagi sebelum beredar jam 8.56 pagi.

Anwar ialah antara tujuh pemimpin parti politik termasuk pembangkang, dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, bermula hari ini hingga Jumaat ini.

Empat pemimpin terbabit dijadualkan menghadap Seri Paduka, hari ini, manakala dua lagi esok dan seorang pada Jumaat.

Setakat ini, kira-kira 40 petugas media daripada pelbagai agensi berita menunggu berhampiran Pintu Dua Istana Negara untuk membuat liputan. — BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu