Social
719

ASP dikaitkan Geng Nicky dibebaskan

Petaling Jaya – Pegawai penyiasat kanan polis, Asisten Superintendan (ASP) G S Baldev Singh yang disyaki mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee atau ‘Geng Nicky’ dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Baldev Singh mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

“Ya, anak guam saya dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kita fail permohonan untuk beliau dibebaskan, dan semalam beliau sudah dibebaskan menerusi ikat jamin.

“Berikutan itu, kes menarik balik permohonan habeas corpus (penahanan salah) di Mahkamah Tinggi sudah ditetapkan pada 11 Mei ini,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, Baldev Singh yang berusia 36 tahun ditahan polis mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan ‘Geng Nicky’.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu seorang pegawai kanan polis yang ditahan mengikut SOSMA kerana disyaki mempunyai kaitan dengan ‘Geng Nicky’ sudah dibebaskan.

Pada 30 April lalu, Baldev Singh telah memfailkan habeas corpus, dengan menamakan pegawai polis, Superintendan Amran Mohd. Jusin dan Ketua Polis Negara sebagai responden pertama dan kedua. – Kosmo Online

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu