Social
2K

Asteroid lebih besar daripada menara Big Ben hampiri Bumi minggu ini

Washington – Sebuah asteroid sebesar dua kali ganda saiz mercu tanda terkenal kota London, menara jam Big Ben dijangka memasuki orbit Bumi pada minggu ini, lapor Daily Star semalam.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), agensi itu buat masa ini sedang menjejaki pergerakan batuan angkasa lepas dikenali sebagai 2021 PT tersebut yang diramal menghampiri Bumi Ahad ini.

Objek itu mempunyai diameter antara 110 meter (m) hingga 240 m.

Ia dilaporkan bergerak pada kelajuan melebihi 25,700 kilometer (km) sejam, namun akan melintasi Bumi pada jarak selamat, iaitu lebih 4.8 juta km.

Sementara itu, NASA buat masa ini turut menjejaki sebuah lagi asteroid yang digelar 2011 UC292.

Ia mempunyai diameter lebih kecil, iaitu 73 m hingga 160 m, namun bergerak pada kelajuan melebihi 30,743 km sejam.

Bagaimanapun, asteroid tersebut turut akan melintasi Bumi pada jarak selamat iaitu melebihi 3.2 juta km pada hari ini, laporan Agensi.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu