Nation
549

Azalina dilantik Penasihat Khas PM

Kuala Lumpur – Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia).

Difahamkan, beliau menerima surat pelantikan itu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.

Melalui Facebooknya pagi tadi, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang,  mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pelantikan berkenaan.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan.

“Insya Allah, dengan kudrat yang ada, saya akan lakukan yang terbaik demi negara,” katanya.

Azalina turut berkongsi foto beliau menerima surat pelantikan berkenaan daripada Perdana Menteri.

Azalina meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos lalu atas beberapa alasan.

 

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu