Nation
277

Azmin: Status PKP akan diumum esok

Putrajaya – Status Perintah Kawalan pergerakan (PKP) yang masih berjalan di empat negeri ketika ini akan diumumkan esok selepas ia dibincangkan pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin yasin, petang ini.

Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan sama ada ia akan dilanjut atau ditamatkan selepas 4 Mac ini akan diputuskan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) membentangkan penilaian risiko pada sidang khas itu.

“Saya pasti pasukan KKM, Ketua Pengarah Kesihatan akan membentangkan penilaian risiko pada mesyuarat itu, kami akan bincangkan dan menilainya sebelum membuat keputusan.

“Keputusan untuk melanjutkan PKP itu juga berdasarkan kepada pengalaman dan data diperoleh sejak setahun lalu.

“Sebagai kerajaan yang telus dan bertanggungjawab, penjelasan akan diberikan kepada rakyat bagi setiap keputusan yang dibuat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu