Nation
204

Bajet 2022 peruntuk RM332.1 bilion

Kuala Lumpur – Bajet 2022 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ dan bersandarkan tiga paksi utama, iaitu Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan, dibentangkan dengan jumlah RM332.1 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentangkan dokumen penting itu tepat pada jam 4.05 petang tadi, turut menggariskan tiga fokus induk yang merangkumi rakyat yang sejahtera, perniagaan berdaya tahan dan ekonomi makmur serta mampan.

Berteraskan penekanan sedemikian, katanya, kerajaan bercadang membahagikan peruntukan belanjawan tahun depan kepada empat komponen utama.

“Ia meliputi belanja mengurus sebanyak RM223.5 bilion, RM75.6 bilion bagi belanja pembangunan, RM23 bilion untuk Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion dikategorikan sebagai simpanan luar jangka,” katanya.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu