Social
424

Bakal pengantin maut terjun tingkat 7 hotel

Jakarta – Seorang bakal pengantin lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tujuh sebuah hotel di Manado, Sulawesi Utara.

Dalam kejadian yang berlaku Jumaat lalu, mangsa dikenali sebagai Gerald Suatan, 30, dan mayatnya ditemukan masih memakai busana pengantin berhampiran kolam renang hotel tersebut.

Sehubungan itu, polis Manado giat menyiasat punca kejadian.

Jurucakap polis, Thommy Aruan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan iaitu dua jam sebelum majlis perkahwinan Gerald bermula.

“Kami menerima laporan mengenai seorang lelaki terjun bangunan dan ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa ditemukan sudah tidak bernyawa.

“Siasatan awal mengesahkan mangsa terjun dari hotel tersebut dan polis masih menyiasat motifnya membunuh diri,” katanya kepada Tribunnews.

Selain itu, keluarga mangsa enggan membenarkan mayat Gerald dibedah siasat dan membawa pulang mayatnya untuk dikebumikan.

Dalam pada itu, rakan mangsa, Jack memberitahu dia tidak rasa rakannya bunuh diri, malah mungkin terjatuh akibat kepenatan.

“Gerald dilihat baik-baik sahaja pada hari kejadian, dia kelihatan gembira. Kami belum dapat terima apa yang berlaku.

“Tidak mungkin Gerald mengalami tekanan dan jika ya, pasti dia sudah luahkan kepada saya,” ujarnya. – Tribunnews

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu