Social
197

Banduan sembunyi pistol dalam kemaluan

Jefferson – Seorang banduan wanita dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah cuba menyeludup masuk sepucuk pistol ke dalam penjara dengan menyembuyikan senjata tersebut di dalam kemaluannya, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Amy Wilhite, 39, mengaku bersalah pistol jenis revolver berukuran 10 sentimeter (sm) ketika ditahan di lokap Daerah Boone pada 14 Februari lalu.

Senjata api itu dipercayai mempunyai lima butir peluru hidup ketika Wilhite menyeludupnya masuk ke lokap.

Polis dan penjaga penjara gagal mengesan pistol itu yang akhirnya dijumpai oleh pihak berkuasa selepas 17 hari Wilhite dihantar ke penjara negeri atas tuduhan pemilikan senjata secara haram dan narkotik dalam dua tuduhan berbeza.

Wilhite mengaku memiliki pistol ketika disoal siasat tetapi mendakwa dia menyimpannya untuk tahanan lain.

Namun, tahanan di unit penjaranya menyangkal tuduhan tersebut dan menegaskan Wilhite sudah memiliki pistol itu ketika tiba di penjara. – Agensi

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu