Social
176

Banjir di Yan : Mayat keenam ditemukan

Yan – Mayat mangsa keenam yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di Yan ditemukan di kawasan sekitar Titi Hayun di sini pada 1.30 tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar berkata mayat Ridwan Poniman, 61, ditemukan pasukan penyelamat kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa dipercayai dihanyutkan di Titi Hayun.

“Mayat mangsa yang terakhir ini ditemukan di bawah timbunan kayu dan mayat dalam keadaan masih sempurna,” katanya ketika ditemui Bernama di pusat gerakan mencari dan menyelamat di Titi Hayun.

Shahnaz berkata seramai 400 anggota pasukan penyelamat termasuk bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta polis terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat hari ini.

Katanya mayat Ridwan dihantar ke Hospital Yan untuk bedah siasat.

Beliau berkata sehubungan itu pencarian mangsa hilang dihentikan selepas penemuan mayat terakhir tersebut.

Insiden pada petang Rabu itu turut menjejaskan kira-kira 800 rumah di sekitar daerah Yan dan 200 di Kuala Muda, lapor Bernama.

Tags: , , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu