Nation
86

Banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara

Kuala Lumpur – Kesesakan lalu lintas berlaku di sekitar ibu negara selepas beberapa lokasi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan sejak 4.30 petang tadi.

Antara laluan yang dinaiki air ialah Jalan Kuching di Taman Wahyu menghala Bulatan Batu Caves; Jalan Cheras di Cheras Sentral ke bulatan Billion dan kedua-dua arah Jalan Maharajalela berhampiran Stesen Monorail Maharajalela dan Jalan Raja Chulan.

Pemerhatian di laman sosial mendapati beberapa kawasan di Ampang dan Cheras turut dinaiki air.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata berlaku takungan air di beberapa kawasan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, namun setakat ini pihaknya tidak menerima laporan kecemasan susulan kejadian banjir kilat itu. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu