Nation
216

Banjir Sabah: 68 mangsa ditempatkan di tiga PPS

Kota Kinabalu – Hujan lebat berterusan sejak tengah hari semalam mengakibatkan tiga daerah di Sabah masing-masing Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan sekali lagi dilanda banjir kilat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah memaklumkan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan mangsa banjir terlibat masing-masing satu di Penampang dan dua di Putatan manakala tiada PPS dibuka di Kota Kinabalu buat masa ini.

Setakat jam 8 pagi ini, sebanyak 68 mangsa daripada 27 keluarga ditempatkan di tiga PPS masing-masing di Rumah Kelab Kompleks Sukan, Penampang (39 individu daripada 21 keluarga); Dewan Sri Serigai, Putatan (26 individu daripada lima keluarga) dan Dewan Sri Keramat, Putatan (tiga mangsa daripada satu keluarga).

“Ia melibatkan satu kampung di Penampang dan dua Kampung di Putatan,” menurut kenyataan sekretariat itu pagi ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan tiada PPS dibuka bagi menempatkan mangsa kejadian tanah runtuh berlaku di Forest Hill, di sini, setakat ini.

Semalam, seorang wanita berusia 25 tahun, anak perempuannya berusia lapan bulan dan seorang kanak-kanak perempuan lima tahun maut dalam kejadian tanah runtuh itu, manakala tiga lagi mangsa ditemukan selamat, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu