Nation
74

Banjir Sabah: Mangsa meningkat kepada 72 orang

Kota Kinabalu – Jumlah mangsa banjir di Beaufort dan Tenom yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah kepada 72 orang setakat 8 pagi ini berbanding 59 mangsa petang semalam.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan DP Mohd Dun Banir di Beaufort ialah seramai 46 mangsa daripada 12 keluarga berbanding 33 mangsa daripada sembilan keluarga, semalam.

Sementara mangsa banjir di Tenom kekal 26 orang daripada lima keluarga dan ditempatkan di PPS Rumah Kebudayaan Kalang Kanar.

“Jumlah kampung masih terjejas berkurangan satu kepada 45 kampung di Beaufort dan kekal 11 kampung di Tenom. Pemindahan mangsa masih dilakukan kerana paras air di kawasan ‘hotspot’ masih di paras bahaya,” demikian menurut kenyataan itu.

Kejadian banjir itu dipercayai berlaku akibat keadaan cuaca yang tidak menentu, menyebabkan paras air di beberapa batang sungai melimpah dan menenggelamkan beberapa jalan serta kampung. – Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu