Nation
192

Banjir Yan: Operasi mencari mangsa hilang diteruskan

Alor Setar – Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa yang dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di kawasan Titi Hayun, Yan petang semalam, diteruskan pada 8.30 pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata tiga mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu merupakan antara 22 penduduk di kawasan berkenaan yang terjejas akibat bencana itu.

“Kejadian di Titi Hayun ini melibatkan 22 mangsa iaitu 16 mangsa selamat, dua lagi meninggal dunia, seorang cedera parah manakala tiga lagi masih belum dijumpai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata seramai 30 anggota dan pegawai bomba terlibat dalam operasi itu selain turut dibantu pasukan keselamatan lain antaranya polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.17 petang semalam mengenai kejadian banjir di kawasan Titi Hayun itu dan operasi mencari dan menyelamat segera digerakkan sebaik tiba di lokasi 11 minit kemudian.

Selain itu katanya, pihak bomba juga meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang dikhuatiri hilang dalam kejadian sama di Salak Denai iaitu kawasan sekitar Batu Hampar, Yan dengan melibatkan kekuatan 20 anggota bomba, lapor Bernama.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu